Monday 12 October 2015

PERMOHONAN DIPLOMA UPSI KEMASUKAN SESI 2 2015/2016


PERHATIAN!!!

Permohonan secara atas talian dibuka bermula 7 SEPT hingga 25 SEPT 2015. Sila layari website UPSI untuk mendapatkan maklumat lanjut.
_________________________________________________________________________________________


ED akan cita la serba cikit..haritu ada apply untuk diploma upsi, tu pun sebab one of my friend bagitau..then ED pun google bagai..check-check ED layak untuk mohon..tapi satu ja masalahnya, course yang ditawarkan seciput ja..


Daripada 4, cuma 2 ja ED layak which are Diploma Sains Matematik and Diploma Bahasa Inggeris..hmm, kalau nak dibandingkan dua-dua kos ni, memang ED pilih Dip BI sebab memang tak boleh nak go dengan any math subjects..memang dah awal-awal lagi nak elak.kalau yang modern math simple insha Allah boleh, tapi kalau bagi yang further math bagai..kirim salam je laa..


Tapi bila tengok balik course outline Dip BI ni macam boring sebab segala yang akan belajar tak banyak yang practical..tapi nak buat camna memang tak dak pilihan..so terima je laa..

STEP

1)   Wajib ada no. pin sebelum isi secara online kalau tak sampai kiamat pun tak terisi..no pin boleh beli kat mana-mana BSN branch or anyone yang ada BSN online banking boleh beli secara online..ED beli kat BSN terus..but makesure time beli tu cakap nak beli BITARA ID DIPLOMA UPSI..jangan silap ye..RM26.05 including bank charge..

Pastikan program betul seperti yg tertera di RED CIRCLE dan no id BLACK CIRCLE

2)   Then bolehla start apply..bukak website upsi then cari bahagian permohonan diploma..dia akan keluar macam ni

Masukkan info yang tertera, yang ruang kosong bitara id tu tulis la no.pin yang korang beli haritu..tu angka-angka  yang ED bulatkan hitam dalam gambar..

3)   Lepas tu isilah apa yang diminta sampai bahagian terakhir..Last sekali akan keluar gambar macam ni,

Haa,before klik kotak tu makesure segala yang korang isi tu memang tak dak salah and puas hati, sebab lepas klik memang tak boleh nak ubah dah..so kalau rasa-rasa tak yakin jangan klik lagi,logout je dulu nanti bila nak kemaskini lagi boleh log in balik and betulkan apa yang patut..tapi kalau dah ok, klik and cetak borang pengesahan tu..
4)   Ni contoh borang pengesahan tu,

Makesure dah prepare sekeping gambar pasport, 1 salinan (slip spm, 1119 certificate, birth certificate, IC,sijil-sijil akademik,sijil koku)
5)   Haa..bila dah cetak and sediakan segala dokumen yang diperlukan, semua tu wajib ada pengesahan dari ( pegawai gred A / pengetua / penghulu ) ED ambil pengesahan dari penghulu je sebab dekat dengan rumah..

6)    Poskan dokumen dan borang pengakuan tu..ED nasihatkan guna pos laju or pos ekspres sebab lagi terjamin..ED guna pos Ekspres yang RM4.50 tapi maybe akan kena charge lagi 30 sen..


^_^ okeyy..dah settle, sekarang ni tunggu, dapat ke tak..tapi kena cek dari semasa ke semasa bila tarikh permohonan akan diumumkan..ED pun masih dalam proses menunggu >"<


GOOD LUCK KORANG!