Thursday 27 August 2015

CHAPTER 3 : NBLN


NAK BELAJAQ LUAQ NEGARA??
CHAPTER 3

BUkaN diRi SebEnaR..erghh
I'M GRADUATED!!
HOWEVER........ON 13th Ogos 2015, 9am waktu UK iaitu 4pm waktu M'SIA, A-Level result was released..jeng, jeng, jeng...korang rasa ED punya result camna..hehe..ED dah rasa macam di luah mati emak, di telan mati bapak..ku hentam je peribahasa ni, entah betul ke tidak..so right now tengah rilek-rilek kat rumah..

_________________________________________________________________________________


29 June 2013
Bertolak dari Penang ke Shah Alam..ED orang susah, tapi sesusah mana pun nak pegi sana still perlukan keta untuk bawak luggage and semua tu..mustahil lah kalau nak naik public transport..so sewa keta, RM150.00/ day, ni belum termasuk minyak and tol..tumpang tidoq kat umah sedara kat Petaling Jaya sebab kitaorang memang tak tau jalan..pegi sana pon ikut signboard ja..sampai satu tahap tu sesat..and yes sedara sendiri yang mai ambik and guide kitorang..

30 June 2013
huhh..hari yang gembira sebab nak daftar dah tapi hari yang sedih jugak sebab after register and settle semua my mom akan balik and tinggalkan ED untuk teruskan perjuangan..dahla tak pernah dok jejauh sampai langkau negeri..even before this memang penah jadi hostel student for 5 years..tapi, jujur ED cakap, rasa homesick tu almost 2 months..perghh, senak perut bila teringat balik..

My first perception bila masuk area Shah Alam yang berseksyen-seksyen tu.."ehh, asal banyak sangat bulatan yang kena pusing?"..haha..sapa yang penah pegi shah alam akan faham apa yang ED rasa..nasib baik sedara ada boleh tunjuk jalan ke INTEC (International Education College)..tapi jangan silap INTEC kat seksyen 17 which is campus..tapi yang seksyen 18 ni kolej kediaman..

Kolej-kolej Kediaman

1) Kolej Cemara (mix)
2)Kolej Akasia (girls only)
3)Kolej Cendana (boys only)-seksyen 6,first year only,second year move to cemara..

Sampai je kat sana terus masuk cemara, and park kat satu tempat yang memang banyak keta park..rupanya tempat tu orang panggil Dataran Cemara..tak pe la..then ingatkan lepas daftar and tahu no rumah semua tu boleh la nak check-in..tengok-tengok ED punya rumah kat satu lagi kolej iaitu Kolej Akasia..A7-407 ni la no rumah..tingkat 4 tau dak..adehh..sabar, sabar..Tapi kira untung jugak la sebab blok yang ED dapat tu dekat dengan pak guard and bus stop..nanti tak da la penat sangat nak menapak..

Ingat kan kecik tempat tu..akasia je dah ada 9 blok..cemara entah tapi ada 2 ja blok girl,other boys..
[setiap blok ada 4 laman, 1 laman ada 5 tingkat, 1 tingkat ada 2 rumah, 1 rumah ada 2 bilik, 1 bilik boleh share 2 orang]
ED dapat laman 2 tingkat 4..

ni la bus stop tu..boleh nampak dari tingkap bilik

ni dari ruang ampaian..kiri blok 8 depan blok 9 

Housemate semuanya dari negeri yang berbeza, SARAWAK,PAHANG DAN SELANGOR. Diorang semua kos sains tapi ED tetiba sesat sains sosial..tak pe la..janji semua A-Level..and after settle dah mak pon dah puas hati nak tinggalkan ED..ok sedih sangat sampai tak lalu nak makan even mak beli nasi dengan gulai daging..mahal kot RM7 sebungkus..

Waktu malam orientasi pun bermula..

TO BE CONTINUED..


  

  


No comments:

Post a Comment